March 23, 2010

lelaki CANTIK wanita GAGAH



Kecantikan seseorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Secara peribadi, lelaki cantik adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan, lelaki yang sedia menerima teguran yang membina, lelaki yang menerima madu setelah menerima racun terlebih dahulu, lelaki yang tenang dan lapang dada, lelaki yang baik sangka terhadap orang lain dan lelaki yang tidak mudah berputus asa apabila menghadapi kesulitan. Secara terakhir, kecantikan seseorang lelaki adalah terletak pada kemulian hati dan peribadi yang unggul.


Apa pula maksud wanita GAGAH? Kegagahan seseorang wanita itu bukan terletak pada kepejalan otot badan dan seumpamanya, tetapi pada kegagahan perasaan.
Antara maksudnya adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan, perempuan yang tidak takut kepada kemiskinan, perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan dan perempuan yang tidak meminta-minta agar dapat memenuhi segala keinginannya. Natijahnya kegagahan seseorang perempuan atau wanita adalah terletak pada ketenguhan imannya.

1 comment:

  1. Sesuatu yang kita tidak sedar bahawa kadang-kadang situasi sebegini pernah berlaku terhadap diri kita...

    ReplyDelete