Apakah CINTA itu berdosa? Ada sebuah hadis, jom kita renung
dan fikirkan:
“Jangan
seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya. Dan
janganlah seorang wanita keluar dengan seorang lelaki kecuali ditemani dengan
mahramnya.”
(Bukhari
dan Muslim)
Persoalannya, apakah bercinta itu
tidak berdua-duaan?Ada sebuah hadis lagi yang aku mahu kongsi bersama:
“ Sungguh, jika kepala salah
seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi yang menjala, itu masih lebih
baik daripada kamu menyentuh perempuan bukan halal bagimu."
(At-Tabrani
dan al-Baihaqi)
Pertanyaan lagi, apakah dalam
berkasih tidak ada saling menyentuh? Alangkah indahnya jika kita dapat mengisi
hari-hari kita dengan pahala. Memperbaiki diri dengan amalan sunah nabi. Kita
masih muda, masih kuat dan masih penuh
dengan semangat.
Dan alangkah menyesalnya jika di
masa muda, kita sudah mengumpul banyak dosa. Sedikit demi sedikit, akan jadi
bukit. Kita berlindung kepada Allah.
so tweett ^_^
ReplyDelete