July 24, 2010
Orang kedua
Apakah? Skandal ker? Selalunya bila kita kaitkan dengan org kedua mesti tentang curang dan sebagainya. Ohtidak.com. Bagi ak itu sekadar ayat yang terlalu banyak untuk ditafsirkan. Ruangan nie ak just nak cakap tentang persahabatan atau dalam bahasa harian kita member. Hurmm best kan bila kita ade bnyak kawan tak kira tua atau muda,asalkan kita paham satu sama lain. Pernah tak dengar perumpamaan 'air dicincang tidak akan putus'? Bagi ak perumpamaan itu terlalu besar dan luas untuk dirungkai dan diamati. Tidak terhad pada hubungan dengan keluarga tetapi boleh juga dalam hubungan persahabatan. Secara logiknya, kita sedar bahawa sahabat merupakkan orang yterdekat selepas ibi bapa kita, sebahagian daripada keluarga kita. Dalam tidak sedar, kita banyak berkongsi apa-apa jua masalah, pertanyaan, soal peribadi, hidup, dan juga rahsia barangkali. Bagi ak, ini membuktikan bahawa kita percaya kepada sahabat kita demikian kita tidak ragu dan sangsi untuk berkongsi apa-apa perkara pun. Secara konlusinya, sahabat mahupun kawan, kita perlu hargai, sayangi dan hormati antara satu sama lain kerna persahabatab merupakan anugerah dari tuhan kepada manusia untuk menjadi peneman dalam hiidup kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment