November 18, 2010

minta MAAF… semuanya jadi baik?

 

 

36022_400901218459_36751618459_4333727_6885108_n   Minta MAAF mmg satu tuntutan dalam agama, tapi adakah dengan meminta maaf itu satu cara yang mudah? Bagaimana dengan hati yang berkecai? Adakah dengan meminta MAAF hati yang berkecai itu boleh bercantum semula? Nie bukan ada kaitan dengan cinta mahupun apa-apa, tetapi apa yang ak ingin sampaikan adalah sikap kita sendiri. Orang selalu cakap, ‘ ala just minta maaf jew, at least ko tak berdosa, itu terpulang kat dia samaada nak maafkan ko atau pun tidak’.

    Apa yang ak rasa, kemaafan seseorang itu tak mudah untuk kita terima, kerna kadang-kala kesalahan yang dilakukan mungkin sukar untuk diperbetulkan dengan minta MAAF. Dan orang lain mesti pikir, ‘abis apa yang ko nak’? Persoalan yang mudah untuk dijawab. Apa kata kita letak diri kita kat tempat orang menerima maaf? Sebenarnya dalam hati, masih terdetik sikap kecewa dan marah yang amat sangat, tapi apakan daya, peristiwa yang lalu mana mungkin akan berulang. Sebagai manusia yang dikurniakan akal dan jiwa kemanusiaan, kita harus faham segalanya.

    Aku kecewa sangat pada  hari sebelum balik rumah. ak bagaikan orang  yang hilang arah mencari tempat untuk letak barang. Kolej tidak menyediakan kemudahan store, jadi niat ak untuk letak barang adalah di rumah sewa Nazmir dan rakan-rakan. Yeah diorang mmg best. Tapi hajat tidak kesampaian, dek kerna tidak ada kenderaan dan sikap ‘ opppssss. ak minta MAAF ak lupa’!

So, ak macam mane? Marah, mencarot !@#%$#&()_)+%&%#, semuanya terkeluar. Tapi bukan point ak nak cakap tentang perkara itu, tapi cuba kita diri kita kat tempat org yang ada masalah? Apa yang kita rasa , confirm la kita tak nak perkara cam itu jadi kat kita kan. Bagi ak, ak selalu berfikir cam mana ak fikir. Paham? Renung-renungkan lah. Ingat, sesuatu yang kita buat dan bicara yang kita luahkan haruslah berfikir dan cuba berada di tempat org ‘itu’. Alami apa yang dia akan rasa sekira kita lakukan sesuatu dan bicara yang kita luahkan. Senang sahaja.Dalam situasi lain pula, mungkin juga ‘dia’ pun dalam masalah, so think positive. Im not paranoid but Im always careful.

3 comments:

  1. u always thought of that, which is good, for putting yourself in others' shoes..but u never put urself in mine =,-

    ReplyDelete
  2. yes... i agree with you aizat... huh~ =.="

    ReplyDelete
  3. that y im try to think positive, in other hand mybe he also got the problems -,=
    understand each other, create happily life

    ReplyDelete