March 26, 2011

Kahwin oh Kahwin


Indahnya hidup berpasangan
 Perkahwinan adalah satu proses perjalanan kehidupan yang memerlukan usahasama untuk melayari perkongsian hidup secara membina, ianya satu perjuangan dan tidak memerlukan mana-mana pihak yang kalah mahupun menang. Yang penting adalah ialah kesungguhan dalam memikul amanah dan tanggungjawab untuk mencapai matlamat membina keluarga yang diredai Yang Maha Kuasa.
        Perkahwinan adalah satu tanggungjawab. Perjalanan alam perkahwinan lebih mudah jika tanggungjawab dapat dikongsi bersama. Agama memerintahkan seseorang wanita yang bergelar isteri perlu mendengar suami tetapi suami juga perlu mendengar dan membantu keluhan dan keperluan isteri.
        Jika kita lihat secara keseluruhan alam perkahwinan adalah umpama satu laluan yang besar dan panjang yang perlu ditempuhi dengan pelbagai cabaran dan halangan serta konflik. Selain itu, merupakan satu perkongsian yang mana terdapat hak-hak dan tanggungjawab yang telah diamanahkan perlu diuruskan dengan baik. Perkahwinan memerlukan penghayatan yang sangat mendalam tentangp pengorbanan dan pemahaman. Perkahwinan seharusnya dipenuhi dengan rasa nikmat hidup bersama iaitu berusaha sama di dalam urusan perkahwinan. Keserasian, kebahagian, kehangatan dan kenikmatan dalam perkahwinan ialah hasil yang tinggi daripada pergorbanan dan pemahaman yang kita lakukan.

3 comments:

  1. eit yuzwan..
    da ade yg berkenan ke?

    ReplyDelete
  2. Berkenan tue ad jew, tapi tue la duit tak ada lagi. Tak sabor nak graduate then pas tue kerja n future -,=

    ReplyDelete