May 13, 2011

cuNnya minah & machOnya mamat nie...



Salam, bosannya bila duduk keseorangan kat rumah nie. Tak tahu nak buat apa. Hurmmm bosan sangat nie. Sumpah ak tak tipu. *Motif la kan ak nak tipu diri sendiri. Apa dapat kan. Hahaha. So many plan to do during semester break nie. But when the time is coming, Im quite blur dowh. Dunno how to start it.

*Cuti-cuti Malaysia, kononnya dalam perancangan. Tapi semua orang sibuk. Aku kena faham, yang cuti nie, ak jew tapi yang lain parents tetap kerja dan anak buah ak masih lagi kena pergi sekolah, seperti biasa.

                So, entri kali nie ak nak cakap pasal budaya kita. *mmg tak ada kaitan/kena-mengena dengan apa yang ak cakap di atas. Hahaha, budaya - Contohnya senyum, tegur-menegur, bantu-membantu dan juga prihatin kepada jiran. Hahahaha, perkara ini kan mudah dan senang dilakukan. Tak susah mana pun. Cuma terpulang kepada kita, sama ada rajin @ malas jew. Tak pun sombong @ peramah kan. Yang jadi persoalan kepada ak adalah cara kita membalas balik atau respon kita terhadap orang yang berbudi bahasa kepada kita. 

Kak Mah: *Kak Mah sedang menyapu sampah.

Peah: Hai Kak Mah, tengah buat apa tue?

Kak Mah: Tengah baca buku sambil minum teh. *nada sinis

Peristiwa macam nie, selalu berlaku dalam hidup kita kan. Hurmmm yea dak? Then kita pun SENTAP. *ada la sikit

Betul, lain yang tanya, lain yang dijawab. Yea ,memang la sakit hati bila orang bertanya perkara yang dia dah tahu dan nampak tapi dia buat-buat tak tahu dan tak nampak. Motif sangat kan, rase macam mahu bagi penampar jew an.

Tapi itulah kita punya budi bahasa/culture @ caranya. Bukan apa, walaupun dia dah tahu apa yang kita lakukan, tapi orang itu buat-buat tanya. Mungkin secara positifnya, orang itu mahu mulakan perbualan/conversation dengan kita. Kita kena memahami., walaupun ada cara lain iaitu terus terang jew  dan tak payah nak berkias-kias @ cakap ‘bermuqadimmah’ kononnya dan Sepatutnya…

Kak Mah: *Kak Mah sedang menyapu sampah.

Peah: Hai Kah Mah, tengah buat apa tue?

Kak Mah: Tengah sapu sampah nie. Banyak sangat daun gugur dan plastik sampah nie, lagi pun nampak selerak pulak rumah nie. Tue yang sapu nie, exercise katakan.

Kan bagus macam nie, Peah pun akan berasa senang hati dan ada hubungan baik dengan Kak Mah. Hal ini secara tidak langsung kan dapat mengeratkan hubungan kita dengan jiran mahupun masyarakat sekeliling. 

Tak perlu nak sinis-sinis  dan sentap-menyentap, tak ada baiknya pun.  The most important is  always smile and be friendly. Tak ada rugi pun, malah dapat pahala. Bukankah senyum, tegur-menegur, bantu-menbantu itu merupakan salah satu daripada amalan sedekah kan. Hurmm yea dak.  
Akhirnya baik lelaki @ perempuan baru boleh kita kata ' CunNya minah nie @ MachoNya mamat nie' kerna mereka tahu bagaimana hendak berbudi bahasa.

p/s | rajin-rajin la sapa-menyapa dan senyum *biarlah kena waktunya dan bertempat

2 comments:

  1. mungkin masih wujud budaya mcmtu dlm dunia moden mcm skrggg kan..whatever it is, just think postive so that we're just be happy all the time.

    ReplyDelete
  2. motif name kak mah digunakan! rindu kak mah eee?? haha rmai org kata dia mmg laju, tmbah2 lgi bab sapu2 smpah ni =P

    kalo bosan2, tu rajin2 la jemput aq dtg brtandang, ke x nk aq dtg??

    ReplyDelete