Bila terdengar lagu-lagu syahdu,
Tergerak hati untuk meluahkan segalanya dalam sanubariku,
Namun aku tak terdaya melepaskannya,
Siapa yang mahu mendengar isi hatiku,
Terselit di ruang-ruang kecil hatiku berbisik,
Adakah hidup ini adil?
Adakah kesempurnaan yang dicari akan tiba?
Adakah ia benar?
Banyaknya persoalan bermain dalam bayanganku sendiri,
Kadangkala aku benar-benar keliru,
Perihal aku, keluarga,cinta, dan kehidupan.
Imaginasi aku bermaharajalela,
Tak sanggup untuk aku musnahkannya,
Itulah satu-satunya fantasi yang aku miliki,
Hidup realiti penuh kepuraan,
Hentikan,
Semuanya sementara,
Aku pasrah dengan segala rona-rona duri ini,
Cukup sakit untuk aku redahi,
Walaupun diberi senjata,
Aku tidak mampu untuk meneruskan liku-liku ini,
Namun,
Dengan dorongan cinta Illahi,
DariMu kepadaku,
Membuka besar iris mataku
Selalu hadir menemani aku sehingga ajal tiba.
-YUZWAN ALLI-
No comments:
Post a Comment